Friday, 12 July 2013
Adab Mandikan Bayi Baru - Pa Ma
Thursday, 11 July 2013
Rezeki Anak
Rezeki berkat membawa kpd kebahagiaan keluarga.
Rezeki berkat membawa kpd semakin dekat dgn Allah.
Rezeki berkat membawa kpd semakin tawaduk kpd manusia.
Rezeki TIDAK berkat membawa kpd semakin luas rumah dibina semakin sempit hati penghuninya,semakin besar kereta yg dipandu semakin serabut fikirannya.
lihat,baca,fikir,like,sebarkan
Alhamdulillah.. En.suami dh ckp klu kte bnyk duit pn biarla hidup dlm kesederhanaan.. Yg penting ank2 sihat. Syukur...
Salam Ramadhan Al-Mubarak
2 Ramadhan, Hari nie dh hari ke-2 berpuasa,,, Masih xterlambat nk ucapkan Selamat Berpuasa.. Alhamdulillah tahun nie tahun ke-2 berpuasa sebagai ibu mnegandung.. Alhamdulillah skg dh 28w,, Diberi kekuatan utk mengerjakan ibadat di bulan yg penuh barakah ini. Hari pertama alhamdulillah cuma baby dlm tummy ibu nie je bergelora.. Smlm berbuka puasa 3 beranak Zahin Lutfi pn sibuk nak buka puasa.. Smlm smpai rumah sempat buat cekodok sosej untuk Zahin klu x mau sume lauk dia tlg cedokkn.. Smlm hari pertama puasa selera xterbuka round bazar nk dkt 15minit tp xtaw nk beli pe.. Last2 air cocktail laici ngn nasi kerabu.. TU pn ya ampun nk abiskn nasi kerabu mcm 2 org pnya reserve.. Dgn harapan diberi kekuatan utk meneruskn berpuasa utk tahun nie..InsyaAllah..
Tuesday, 21 May 2013
Ragam Zahin Lutfi
Kesian Zahin Lutfi kne kudis buta lak.. Asyik meragam je yelah kecik2 lg dh nk de adeq.. Sebenarnye bkn main pasir pn.. Tp bleh kne.. Jgn kte main pasir main kt luar pn xpernh.. Pembawakn kot.. Org tua2 ckp nk dpt adeq abg yg sakit2.. Tp skg mmg musim pns mmg xselesa langsung.. So ari nie bwk Zahin pg pakar mmg doc ckp kne infection pd kulit.. Skg allergik mkn telur lak.. Jimat duit xpyh bli telur. Nk jge bdk kecik yg kne kudis nie mmerlukn kesabaran yg tinggi.. Yela asyik mrengek je suh garukn.. Xpe demi ank sume bleh.. Semoga cpt sembuh ye syg.. Ibu syg adeq..
Langkah penjagaan perlu diambil.. Dh mcm2 treatment..
1) Baju anak kne asing xleh basuh skali.
2) Siram baju dgn air pns.
3) Guna dettol basuh baju.
4) Elakkn mkn makanan yg gatal mcm sotong, ketam,udang,telur.
5) Treatment utk Zahin pki sabun khas Sebamed recommend by my cousin.
So far alhamdulillah nmpk perubahan.. Kne selalu amal de baby mmg jenis sensitive like Zahin mmg kne taking care.
Sunday, 14 April 2013
Book the lowest fares now
Book the lowest fares now
- Fares are not available during embargo period.
Thursday, 28 March 2013
Tahap Mendidik Anak
So xsalah kte beri perhatian dan kasih sayang. Klu boleh DONT angkat tangan nk jentik ke,tampar ke,pulas telinga NO. De tahap kte nk mendidik anak.
4 tahap bagaimana mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w adalah :
1) Umur anak-anak 0-6 tahun. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.
Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.
2) Umur anak-anak 7-14 tahun. Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadith Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.
Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.
3) Umur anak-anak 15- 21 tahun. Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka.Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan semua
kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.
4) Umur anak 21 tahun dan ke atas. Fasa ini adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah. Insha’Allah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka. Ibubapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku yang baik seperti yang ibubapa inginkan.
KOPI & PASTA


