Tuesday, 26 November 2013

Hukum Cukur Rambut

Tajuk pun dah gempak yer kalah UAI hehe..Hari nie genap 44 hari berpantang, bagi aku 44hari tu xcukup sepatutnya kaki dan tangan swasta pun dapat cuti 90hari. Xpelah yang penting pandai jaga diri masa dalam pantang.Kalau ikut encik suami memang dia suh aku pantang sampai 60hari ohmai..okeh la tu engkau ada.. aku memang xsangka en suami akan cakap camtu tankz laling u sayang i. Green light from en suami maka aku harus patuhi berpantang sampai 60hari je kot. Macam lame jer..macam kejap je. Hari nie aku sebagai seorang ibu yang solehah dh sepakat nak menunaikan tanggungjawab sebagai ibubapa. Walaupun dah lambat xpe yang penting niat tu dh de. Sebabnye lambat cukur rambut adelia adalah di atas permintaan MIL aku.Takut masa majlis marhaban adelia nanti xde rambut nak gunting. Majlis aqiqah adelia dengan zahin memang dah wat 10.11 hari tu. Entri blom ade sbb gambar dari photographer semua. Memang sebelum nie aku ada research pasal hukum cukur jambul nie. Yang aku tahu sebenarnya zaman Rasulullah cukur rambut ni bukan gunting sikit2. Maksudnya cukur rambut keseluruhan. Sebab aku rasa isi rambut dalam buah kelapa yang dihias pun xde masa zaman nabi.

 Amalan Cukur Jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.
Aku: Masa aku wat akikah hari tu kongsi ramai-ramai tak silap aku de 7 orang akikah termasuk anak aku Lutfi dengan anak buah.Nak cakap pasal hukum aku tak taw.Tapi ustaz kat kg suami aku tu ckp boleh letak sampai 7 org xkira lelaki ke perempuan. Tu aku xnak abik tau dah lepas pun. Janji aku dah tunaikan tanggungjawab sebagai ibubapa.

Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak.
Aku: Majlis akikah dibuat masa anak aku xsilap ak Adelia dalam 40hari tak habis pantang pun lagi. Aku bagi nama memang hari ke-7,Alhamdulillah. Rambut tu cukur sampai botak seminggu selepas tarikh majlis sebab nak take time al maklum lah baru lepas kenduri.

Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik, jelas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz. Menurut beliau, amalan tahnik adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunahkan oleh Rasulullah s.a.w.. Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat. 
Aku:Amalan tahnik ni memang aku buat masa anak sulung untuk Lutfi kebetulan aku pantang kat kampung sampai sebulan. Memang ada wife kepada ustaz aku yang buatkan. Tahnik ni selalu orang yang alim dan warak je yang buatkan. Memang seminggu lepas akikah aku dengan husband cukur sampai botak.

Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa. Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat.
Aku: Ini memang aku pernah nampak. Memang ramai orang melayu kita buat.Aku pun tak tahu kenapa sekarang dah jadi trend. Bukan sebab buat sebabsunnah.Before this masa majlis akikah anak aku hari tu memang my MIL ada suruh abik buah kelapa. Tapi memang masa tu semua orang sibuk. Abaikan je.Padahal masa tu aku dah tahu. Tapi orang tua kan.Dia dah lama hidup dari kita. Kita yang berpelajaran ni haruslah tegur. 

Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini. “Mengikut sesetengah pendapat, amalan cukur jambul adalah tradisi dan kepercayaan yang dilakukan oleh masyarakat India seperti menggunakan buah kelapa. “Soalnya, kenapa menggunakan buah kelapa? Apakah relevan amalan sebegini dengan masyarakat Islam?” kata beliau. Selain amalan-amalan di atas yang bertentangan dengan syariat agama, kesilapan yang turut dilakukan ibu bapa hari ini ialah akikah atau cukur rambut dilakukan setelah bayi berusia beberapa bulan. Majlis tersebut turut disertai dengan adat berendoi di mana buaian dihias dengan bunga-bungaan dan perhiasan lain.
Aku: Aku tengok memang ramai orang wat trend macam ni kat kampung pun dah ada macam ni.Lagi kerlass majlisnya. Ni memang aku pernah attend majlis cukur jambul kt kampung

Menurut Abu Hassan, upacara cukur rambut tidak perlu disertakan dengan marhaban atau berzanji. Ia memadai dengan bercukur rambut sahaja. Melainkan jika ia diadakan pada hari akikah, bolehlah diadakan jamuan. “Tetapi kadang-kadang disebabkan rasa gembira dengan kehadiran orang baru dalam keluarga, kita mengadakan majlis secara besar-besaran hingga menampakkan unsur-unsur kemewahan. Perbuatan ini tidak menjadi kesalahan asalkan niat dan tujuan diadakan adalah ikhlas kerana Allah s.w.t.. Cuma dibimbangi sekiranya ia bertukar menjadi riak, maka ia adalah menjadi satu kesalahan,” ulas beliau mengenai kecenderungan masyarakat hari ini yang gemar mengadakan majlis cukur jambul secara besar-besaran. Masyarakat Islam harus faham bahawa sesuatu amalan yang dilakukan sama ada yang sudah menjadi tradisi dan kebiasaan tanpa bersumberkan nas atau dalil yang sah perlu ditolak. Apatah lagi apabila ia dikaitkan dengan kepercayaan dan tradisi agama lain.
Aku:Masa kenduri akikah hari tu pun memang aku ni menumpang je sebab adik husband kawen, dan kebetulan husband memang niat nak beli lembu. Alhamdulillah dapat jugak akikah lembu. Wat pun biasa-biasa je.

Kebanyakan amalan yang dijadikan adat bagi orang Melayu dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang sekian lama diamalkan di negara ini. Berpandukan kepada sejarah, sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu,penduduk asal negara ini ketika itu menganut agama Hindu.



Kopi n pasta KLIK LINK nie http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1640.0.

cukur rambut adelia izz zara/hukumcukurjambul/riak/membazir/hukumcukurbotakkepala

Shaklee ESP

Alhamdulillah dpt jgk bg full bf dekat adelia,, cuma nk ajar adelia bf guna botol jer.. lg seminggu dh nk mula keje rasa syg nk tinggal adelia.Semenjak minum shaklee esp ni susu banyak. Shaklee esp nie aku dh try minum masa peknen adelia 7bulan dh start minum.. so kesan dia masa bersalin adelia kulit bersih je xde ruam until now aku minum esp rasa badan cergas walaupun aku bersalin operate tenaga tu still ada. So sampai skg ak continue shaklee esp. Now adelia dh buat perangai xnk tdo dari kul 10 malam sampai 4 pagi ajak main lak. Sejak minum shaklee ni ak xrasa letih walaupun tido kul 4 pagi still leh gugel internet lg. Memang aku suggest shaklee untuk
1)Ibu yang mengandung 
2)Ibu yang menyusukan anak 
3)Student/ pekerja 
4)Untuk yang ingin kulit cantik 

Yang no 4 tu memang aku akui sebabnye adalah lepas bersalin ni ak rasa kulit  muka aku smooth je, kat leher pn cerah. Korang try lah sendiri.

 

Aku dah try minum dengan macam2 flavour dh so skg tinggal ribena je, sunquick pn dh walap. Satu lg korong leh try minum dengan dutch lady kotak ysng ade perisa coklat ngn starawberry memang sedap. shaklee esp/banyak susu/kulit cerah

Wednesday, 20 November 2013

Sesi Membaking Banana Muffin

Cerita semalam sesi membaking,gara-gara penangan muffin kt kenny rogers maka termaking la banana muffin with cokolet cip, nama mcm sedap jer,,, mcm gebu jer.. haruslah sedap dan gebu,, tuan membuatnya pun gebusss okeh, disebabkan weekend tu pg mkn kenny rogers maka muffin harus ditapaw. So mlm tu mmg kebuluran so teringat muffin yg ditapaw rupanya anak teruna aku dh melantak satu yg muffin banana cokelet, so tinggal muffin vanilla cokelet, mmg menghampakan lagi sedap banana cokelet. Sbbnye aku memilih vanilla coklat sbb budak kenny tu ckp flavor baru ak test la, xtaw lak sblom ni de ke idak. So utk membalas dendam di atas kesedapan muffin termaking la banana muffin semalam tapi edisi cokelet cip. Al maklum lah cokelet cip berlambak dlm freezz so x rugi tabur banyak2. Mmg zahin pn suka. Yang dia kutip cokelet cip yang lain xtaw sape nak mkn. Dlm2 pantang pn rajin. Haruslah rajin tekak sendiri nak melantak.

Monday, 18 November 2013

Kelahiran Puteri Sulung

Baru terasa nk hapdate blog sbbnye adalah terasa kekuatan diri utk membelek blog yg telah bersawang selama sebulan lebih. Alhamdulillah ak dh selamat bersalin baby girl pada 07.10.13 pukul 09.18am di Pusat Perubatan Universiti Malaya, setelah 5 hari bertakafur kt hospital bersalin jgk.. Lahirlah seorang puteri diberi nama Adelia Izz Zara setelah sebulat suara nama diberi. Pantang tetap pantang keluar je hospital mcm biasa pantang org kg ikan haruan wajib di situ tetiap hari haruan je. Sbbnye ak nie bersalin operate jgk yg no 2 ni so haruslah pantang betul2 sekarang baru terasa badan nie ok sikit, ok sikit je banyak benda yg kena pantang.Selama ak berpantang xde pe yg perlu ak amalkan macam biasa mkn nasi dgn sup ikan haruan,bertungku n then berbarut. Kali nie zero jamu sbb aku kena alergik dekat badan, so stop dulu jamu.Mood berpantang pn dh abis tapi makan harus berpantang sbb adelia menyusu badan insyaAllah klu de rezeki nk bg full bf kt adelia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...